Breaking News : Stefan Peirer Letak Jawatan

PROTON MEMPERSEMBAHKAN e.MAS 7, X50 SE DAN KERETA LUMBA S70 R3 DI KLIMS 2024

Kuala Lumpur, 4 Disember 2024 – Proton bakal memikat mata pengunjung di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 dari 5 - 11 Disember 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dengan pameran kenderaan-kenderaan terbaharunya, termasuklah Proton e.MAS 7, EV pertama dari jenama automotif Malaysia. Para pengunjung juga akan dapat melihat kereta lumba Proton S70 R3, konsep PROTON X50 Sport Edition (SE) serta model Proton semasa; PROTON X50 2024, PROTON X70 2025, PROTON X90, PROTON S70 dan Proton Saga.

Langkah Menuju Masa Depan Mobiliti

KLIMS edisi 2018 memperkenalkan PROTON X70, SUV pertama PROTON, pameran tahun ini merupakan patonton terakhir Proton e.MAS 7, EV pertama untuk PROTON dan langkah seterusnya dalam perjalanan PROTON untuk menjadi jenama automotif bertaraf dunia. Dibangunkan bersama Geely, e.MAS 7 adalah SUV segmen C yang hadir dengan dua tahap trim, Prime dan Premium dengan ruang dalaman yang terbaik dalam kelasnya serta pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan canggih, termasuklah ADAS tahap 2.


Proton e.MAS 7 yang dipamerkan di KLIMS 2024.


Selain daripada EV pertama PROTON, e.MAS 7, yang merupakan sebahagian daripada perancangan masa panjang buat jenama ini, dua versi model-model terkini PROTON yang tertumpu kepada prestasi akan menjadi fokus utama pameran kali ini.


PETRONAS S70 R3 sempena Sepang 1000 KM di acara KLIMS 2024.


Model pertama adalah Proton S70 R3, yang telah membuat perlumbaan sulung pada 23 November 2024 di Sepang dan akan dipamerkan seperti mana ia menamatkan perlumbaan Sepang 1000km yang sangat mencabar. Pengunjung KLIMS akan dapat bertemu dengan pemandu-pemandu R3 pada hujung minggu yang akan datang untuk menjawab soalan-soalan serta bergambar bersama peminat dan kereta tersebut.

PROTON X50 SPORT EDITION

Model prestasi kedua adalah model konsep PROTON X50 SE. Model ini adalah kajian reka bentuk untuk mempamerkan kehebatan model SUV terlaris PROTON. Penampilannya di KLIMS 2024 bertujuan untuk menilai respons awam yang boleh membuka jalan bagi model-model masa depan yang mungkin akan mengikuti arah gaya serupa.

"KLIMS 2024 adalah pentas yang terbaik untuk mempamerkan kemajuan terkini kami, daripada kemunculan EV pertama PROTON yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri nanti, kepada peluang untuk merasai keterujaan kereta lumba R3 kami, serta pameran konsep sporty terkini berdasarkan model PROTON X50 2024, terdapat pelbagai benda yang boleh dinantikan oleh setiap peminat kereta. Pada masa yang sama, PROTON akan berkongsi visi kami untuk mobiliti lestari pada masa hadapan sambil meneroka konsep dan arah tuju yang sekali lagi akan menetapkan nada untuk industri automotif negara," kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Selain kenderaan yang dipamerkan, pengunjung juga boleh bertemu dengan selebriti kegemaran mereka, menikmati hadiah penglibatan yang mengejutkan dan menantikan aktiviti interaktif digital yang menarik terutamanya pertunjukan LED 3D dan promosi eksklusif yang hanya terdapat di KLIMS 2024, di mana mereka boleh menerima baucar servis bernilai RM500 dan menikmati rebat tambahan sehingga RM2,000 untuk model-model terpilih! Ini adalah tambahan kepada promosi PROTON Vaganza Akhir Tahun yang kini berada di bulan terakhir dengan rebat sehingga RM7,000 untuk model-model terpilih, termasuk PROTON X50 2024 dan PROTON X70 2025. Selain itu, beberapa model boleh dibeli dengan pakej nilai tambahan yang menawarkan penjimatan jangka panjang dan servis percuma selama dua tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.proton.com/en atau cawangan PROTON terdekat.

Comments

Follow Us