- Get link
- Other Apps
- Get link
- Other Apps
📷 Lukasz Swiderek, FIM
Pembentangan Rasmi untuk FIM Intercontinental Games yang pertama telah diadakan di Gran Premio Estrella Galicia 0,0 de España, pada hari Sabtu (27 April) di Circuito de Jerez – Ángel Nieto di Andalusia, Sepanyol.
Acara dwitahunan yang akan dinamakan sempena bandar tempat ia diadakan, FIM Intercontinental Games Jerez 2024 akan memainkan peranan penting dalam sambutan ulang tahun ke-120 FIM tahun ini dan akan diadakan di litar ikonik Sepanyol pada 30 November dan 1 Disember.
Antara yang menghadiri Pembentangan Rasmi tersebut adalah Presiden FIM Jorge Viegas; Antonio Sanz (Consejero de Presidencia de la Junta de Andalucía); Datuk Bandar Jerez de la Frontera Maria José Garcia-Pelayo Jurado; CEO Dorna, Carmelo Ezpeleta, dan Lin Jarvis (Pengarah Urusan di Yamaha Motor Racing S.r.l).
Dicadangkan pertama kali kepada Lembaga Pengarah FIM oleh Presiden FIM Jorge Viegas, FIM Intercontinental Games akan mengumpulkan 6 FIM Continental Unions (CONU) dari Asia, Afrika, Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Oceania bagi menyediakan platform antarabangsa yang cemerlang untuk pelumba muda dan berpengalaman.
FIM Intercontinental Games yang pertama akan didedikasikan kepada perlumbaan litar (kelas Supersport dan Supersport 300). Seterusnya, kejohanan ini akan berkembang dengan adanya disiplin lain seperti Motocross dan Enduro apabila kejohanan edisi pertama ini mendapat sambutan hangat. Tambahan lagi, dengan adanya Yamaha Europe yang akan menyediakan jentera R7 dan R3 sebagai Rakan Rasmi serta kesemua motosikal akan mempunyai warna livery CONU yang tersendiri.
Dunlop akan menjadi pembekal tayar rasmi dan juga akan menyediakan perkhidmatan perlumbaan sepanjang pertandingan, manakala BETA UTENSILI akan menyediakan alatan mekanikal profesional kepada pasukan FIM Continental Unions.
Pelumba akan memakai warna mengikut pasukan CONU mereka dengan suit beg udara elektronik dan sarung tangan yang dibekalkan oleh SPIDI, kasut oleh Xpd, manakala Airoh akan menyediakan topi keledar GP 800 yang dihomologasi oleh FIM Racing kepada semua pelumba dan Panta Racing Fuel sebagai pembekal bahan api rasmi bagi kejohanan ini.
Pertandingan baharu ini akan mendapat manfaat daripada liputan TV yang luar biasa dengan sokongan daripada promoter perlumbaan FIM, Dorna yang akan menjalankan produksi TV bersama Warner Bros manakala Discovery (WBD) Sports Europe akan memastikan penyiaran di platform digital bagi kejohanan ini.
Setiap Continental Union akan memilih 4 pelumba termasuk sekurang-kurangnya 1 pelumba wanita bagi setiap kelas yang mungkin berasal dari FIM Kejohanan Dunia Perlumbaan (Wanita). Setiap pasukan akan dapat memilih 1 lagi pelumba yang menyertai FIM Kejohanan Dunia yang akan dinamakan sebagai ketua pasukan.
Pada tahun 2024, pertandingan akan berlangsung dalam 4 perlumbaan, 2 bagi setiap kelas: R7 dan R3. Point yang diberikan kepada setiap pelumba berdasarkan kedudukan mereka dan akan ditambah kepada point ahli pasukan lain untuk menentukan FIM CONU yang mana akan menjadi juara bagi edisi pertama kejohanan ini.
- Get link
- Other Apps
Comments
Post a Comment